Jumaat, 2 Disember 2011

Jaringan Sejagat (b. InggerisWorld Wide Web), juga dikenali sebagai WWW atau web, ialah sebuah sistem jaringan dokumen hiperteks yang boleh diakses melalui Internet. Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk "meluncuri" Jaringan Sejagat. Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang dikenali sebagai tapak web. Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman lain. Jaringan Sejagat dicipta oleh Tim Berners-Lee, seorang penyelidik di CERN, pada tahun 1989.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan